Sunday 24 November 2013

Puisi: Kasih Ayah

 Kasih Ayah.

Ayah......
Meskipun wajahmu ditelani usia,
Kau tetap keluar untuk berusaha,
untuk melaksanakan tanggungjawabmu sebagai seorang ayah,
dengan mencari nafkah untuk anak-anakmu,
demi membesarkan anak-anakmu,
dengan sinar harapan untuk melihat mereka berjaya,
tanpa memikirkan keupayaan dirimu,
Yang kini semakin menjangkau usia.

Ayah... 
Kau sanggup pertaruhkan masamu tidurmu,
untuk melayan segala kerenah anak-anakmu,
tangisanku yang berderai di tengah malam,
Namun, 
Kau seakan tidak pernah bosan,
Kau menimangku beserta ucapan indahmu,
Kau menimangku beserta ucapan indahmu,
Kau hapuskan tetesan air mataku,
Kau redakan ku dari tangisan.

Ayah...
Kini,anakmu sudah dewasa,
Namun, tidak pernah kau tinggikan nadamu,
atas segala kesalahan anak-anakmu,
Tidak pernah kau mengangkat tangan kepada anakmu,
Begitu besar kesabaranmu ayah,
Begitu tabah kau membesarkan anak-anakmu.

Ya Allah,
Kau ampunilah segala dosa-dosanya,
Kau berkatilah hidupnya,
Di dunia mahupun di akhirat,
Kau jagalah dia untukku,
Kerana dia adalah ayah terbaikku,

Terima kasih ayah atas segala pengorbananmu untuk ku. 

2 comments:

  1. Khas untuk ayahanda saya iaitu Azmi bin Madin. Kepada cikgu, maaf sekiranya ada kekurangan dalam Puisi saya. :-)

    ReplyDelete
  2. Tahniah kerana anda mula berkarya.
    Menarik dan anda telah memulakan sesuatu dalam kehidupan.

    ReplyDelete