Saturday 21 December 2013

Perjalanan hidup Cikgu Jaafar

Hidayah dan Fatin sedang sibuk membuat kerja sekolah mereka di sebuah meja yang terletak di bawah sebuah pokok berhampiran dengan rumah Fatin. Mereka membuat kerja sekolah tersebut sambil berbual-bual . Tujuannya adalah untuk menggelakkan daripada mereka mengantuk dan jemu membuat kerja sekolah tersebut. Antara topik perbualan mereka ialah tentang pengorbanan guru kesayangan mereka iaitu Cikgu Jaafar. Cikgu Jaafar merupakan cikgu tuisyen mereka. Pada hujung minggu, mereka akan pergi ke Pusat Tuisyen Jaafar untuk menuntut ilmu di situ sebagai persediaan mereka untuk menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan.Perbualan mereka semakin rancak dan terlupa akan tujuan utama mereka tadi iaitu kerja sekolah yang perlu disiapkan.
Tiba-tiba, Hidayah dan Fatin terdengar bunyi tapak kaki yang sedang berlari sambil menjerit-jerit nama mereka. Mata Hidayah dan Fatin masing-masing tertumpu ke arah Aida yang sedang berlari-lari anak untuk mendapatkan mereka. Hidayah dan Fatin penuh dengan kehairanan dan hanya saling memandang melihat kelakuan Aida yang sebegitu rupa. Hidayah dan Fatin hanya melihat kelakuan Aida yang sebegitu sehinggalah Aida berada betul-betul di hadapan mereka. Aida terus mengambil tempatnya di bangku berhampirannya berhadapan dengan Hidayah dan Fatin. Matanya hanya melihat Hidayah dan Fatin tanpa berkata apa-apa kerana nafasnya masih lagi tercunggap-cunggap untuk berkata-kata.

"Kenapa dengan kau ni Aida? cuba bawa bertenang sikit. Apa yang dah berlaku sebenarnya ni?" Tanya Fatin dengan nada yang agak kehairanan.

"Cik...gu.. Jaafar.. Cikgu Jaafar!" jawab Aida dengan nafasnya yang masih tercunggap-cunggap.

Hidayah dan Fatin terpaku . Mereka bertukar-tukar pandangan. Mereka masih tidak dapat faham apa sebenarnya yang disampaikan oleh Aida.

"Cikgu Jaafar? kenapa dengan Cikgu Jaafar Aida? Cuba cakap dengan aku cepat, apa dah terjadi dengan Cikgu Jaafar? Aida, tolong jawab soalan aku ni Aida. Kenapa dengan Cikgu?".

Soalan Hidayah yang bertali-tali pergi ke Aida. Aida kini sudah berada dalam keadaan yang tenang di sebelah Fatin yang cuba untuk menenangkannya.

"Dayah.. Fatin... sabar okay?. Cikgu Jaafar masuk hospital, beliau kini berada dalam keadaan yang tidak sedarkan diri di Hospital Besar Melaka. Beliau mengalami kemalangan di Jalan Hang Tuah . Beliau bersama dengan isteri beliau Cikgu Mawar pada waktu tu. Cikgu Mawar hanya cedera ringan di bahagian kepala. dan kini Cikgu Mawar sedang berehat di rumah emaknya kerana doktor menasihatkan supaya Cikgu Herda mendapatkan rehat yang secukupnya agar luka di kepalanya sembuh secepat mungkin". Jelas Aida kepada mereka.

Hidayah dan Fatin hanya mampu tunduk dan menahan sebak apabila mendengar guru kesayangan mereka iaitu Cikgu Jaafar kini terlantar di hospital. Cikgu Jaafar merupakan guru tuisyen mereka sejak mereka 12 tahun lagi sehingga mereka ingin ke SPM tahun hadapan.Cikgu Jaafar mengajar di Pusat Tusiyen Jaafar yang merupakan miliknya. Bagi mereka, beliau merupakan guru yang terbaik bagi mereka. Cikgu Jaafar tidak akan mengira bangsa mahupun agama dalam mencurahkan ilmu. Beliau juga akan bertolak ansur dengan anak-anak muridnya sekiranya anak-anak muridnya tidak berkemampuan untuk membayar yuran bulanan di pusat tuisyen beliau. Beliau akan mengurangkan jumlah bayaran untuk pelajar yang tidak berkemampuan itu. Memang benar, beliau merupakan seorang guru yang garang, berdisiplin, dan juga bengis. Memang sukar untuk melihat senyumannya terukir di bibirnya. Tapi, sebenarnya beliau merupakan seorang guru yang baik hati dan penyanyang. Beliau sangat menyayangi haiwan terutamanya kucing. Umur beliau kini hampir menjangkau 70 tahun. Tapi beliau tetap kelihatan sihat dan segak. Hal ini kerana beliau sangat menitiberatkan hal-hal yang berkaitan dengan pemakanan.

Mereka sangat mengagumi beliau kerana pada zaman beliau, beliau tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajarannya ke universiti atas sebab keluarganya mengalami kesempitan wang ringgit. Beliau dilahirkan di dalam sebuah keluarga yang miskin. Bapa beliau hanyalah seorang jaga yang mempunyai gaji bulanan sebanyak RM80. Disebabkan hal ini beliau tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran. Tambahan pula, adik beradiknya yang ramai dan masih bersekolah.Tetapi, beliau tidak menjadikan penghalang baginya untuk menuntut ilmu. Setelah habisnya "Malaysian Certificated Education" (MCE), beliau memenuhi masa beliau dengan mengajar pelajar-pelajar lain yang masih bersekolah di rumah beliau. Hasil yang beliau dapat dengan mengajar pelajar-pelajar tersebut, beliau gunakan untuk membeli buku-buku tahun pertama dalam bidang kedoktoran. Beliau mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menjadi seorang doktor dengan harapan beliau untuk mendapat biasiswa daripada kerajaan. Malang bagi Cikgu Jaafar, beliau tidak dapat tempat untuk mendapat biasiswa daripada kerajaan. Hal ini kerena, kuota bagi orang pedalaman dan berdarah campuran  pada masa itu untuk mendapatkan biasiswa hanyalah 20 %. Jadi, beliau mempunyai saingan yang sangat kuat untuk mendapatkan biasiswa berkenaan. Cikgu Jaafar begitu kecewa kerena harapannya untuk menjadi seorang doktor tidak akan tercapai. Bapanya yang berasal dari Jerman dan menjadi saudara baru umat Islam setelah berkahwin dengan emak Cikgu Jaafar , cuba untuk memujuk Cikgu Jaafar supaya tidak bersedih.

"Don't be sad my son, you can't be a doctor, but you need a doctor", kata ayahnya.

Ayat itu membuatkan Sir Balbir sedar bahawa dia mempunyai penyakit asma. Jadi, beliau memerlukan doktor. Disebabkan minatnya dalam bidang kedoktoran, Cikgu Jaafar tetap juga membaca buku-buku berkaitan dengan kedoktoran sebagai ilmu pengetahuan beliau untuk di kongsikan bersama anak-anak muridnya yang mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang doktor.Setelah menyedari beliau tidak mampu untuk meneruskan cita-citanya untuk menjadi seirang doktor, beliau teruskan kerjayanya sebagai seorang pendidik.

Sehingga kini, hampir 40 tahun beliau memegang jawatan sebagai seorang guru. Apa yang mengagumkan mereka tentang Cikgu Jaafar ialah di pusat tuisyen beliau akan menggunakan rotan. Beliau akan menasihati ibu bapa yang ingin mendaftarkan anak-anak mereka ke pusat tuisyen beliau iaitu,

"Sekiranya anak awak tidak boleh dirotan, awak boleh bawa anak awak semula pulang dan tidak perlu masukkan anak awak ke sini lagi, pusat tuisyen saya ada peraturannya sendiri",

Bagi mereka, kata-katanya itu seperti perjanjian bersama ibu bapa para pelajarnya. Beliau akan merotan para pelajarnya sekiranya pelajaran mereka merosot dan mereka tidak berdisiplin. Beliau tidak akan merotan anak orang tanpa sebab yang munasabah. Mereka sendiri pernah melihat bagaimana libasan rotan Cikgu Jaafar melayang ke tapak tangan salah seorang pelajarnya atas sebab pelajar tersebut tidak memberikan tumpuan sepenuhnya di dalam kelas beliau. Pelajar tersebut sibuk bermain telefon bimbit di dalam kelas beliau. Beliau mengambil telefon berkenaan dan menghempaskannya di lantai dan merotan pelajar tersebut. Kini, pelajar tersebut sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kedoktoran di India.

Antara satu sebab lain mereka amat bangga dengan Cikgu Jaafar ialah beliau tidak pernah menjejakkan kaki ke universiti.Tetapi, beliau akan cuba memastikan semua anak-anak muridnya akan melanjutkan pelajaran ke universiti. Dan itu telah pun menjadi kenyataan sehingga ke hari ini.

Tiba-tiba Aida mencuit tangan Hidayah dan Fatin, baru mereka sedar bahawa mereka telah mengelamun hampir 30 minit mengenangkan Cikgu Jaafar. Tanpa membuang masa, Aida mengajak mereka untuk melawat Sir.

"Dayah, Fatin, korang tunggu apa? Jomlah ikut aku melawat cikgu di hospital. Abang aku hantarkan naik kereta. Jom!", ajak Aida dengan semangat.

Hidayah dan Fatin bersiap-siap hampir 20 minit. Setelah mendapat kebenaran daripada ibu bapa masing-masing, mereka pun mula bertolak ke hospital. Hampir 30 minit perjalanan dari rumah mereka ke hospital tersebut. Setelah sampai di hospital, mereka dimaklumkan oleh rakan sekelasnya iaitu Atira yang merupakan salah seorang anak-anak murid Cikgu Jaafar , bahawa wad Cikgu Jaafar berada di tingkat 2, bilik nombor 3. Mereka bergegas ke sana. Mereka berasa gembira apabila melihat Cikgu Jaafar tersenyum melihat kami melawatnya. Cikgu Jaafar sudah sedar sejak dari semalam.

"Terima kasih kerena melawat saya", kata sir dengan senyuaman.

"Sama-sama Cikgu, Cikgu sihat?" jawab mereka serentak.

"Saya sihat, saya mungkin dibenarkan pulang pada esok hari. Kecederaan yang ada pada saya semakin sembuh" Jawab Cikgu Jaafar.

Mereka berasa bersyukur kerena Cikgu Jaafar semakin sembuh. Bagi mereka, Cikgu Jaafar adalah idola bagi mereka dalam mengejar kejayaan terutamanya kejayaan untuk mereka dalam SPM pada tahun hadapan. Pengorbanan Cikgu Jaafar tidak akan mereka lupakan. Itu janji mereka.

Sunday 24 November 2013

Puisi: Kasih Ayah

 Kasih Ayah.

Ayah......
Meskipun wajahmu ditelani usia,
Kau tetap keluar untuk berusaha,
untuk melaksanakan tanggungjawabmu sebagai seorang ayah,
dengan mencari nafkah untuk anak-anakmu,
demi membesarkan anak-anakmu,
dengan sinar harapan untuk melihat mereka berjaya,
tanpa memikirkan keupayaan dirimu,
Yang kini semakin menjangkau usia.

Ayah... 
Kau sanggup pertaruhkan masamu tidurmu,
untuk melayan segala kerenah anak-anakmu,
tangisanku yang berderai di tengah malam,
Namun, 
Kau seakan tidak pernah bosan,
Kau menimangku beserta ucapan indahmu,
Kau menimangku beserta ucapan indahmu,
Kau hapuskan tetesan air mataku,
Kau redakan ku dari tangisan.

Ayah...
Kini,anakmu sudah dewasa,
Namun, tidak pernah kau tinggikan nadamu,
atas segala kesalahan anak-anakmu,
Tidak pernah kau mengangkat tangan kepada anakmu,
Begitu besar kesabaranmu ayah,
Begitu tabah kau membesarkan anak-anakmu.

Ya Allah,
Kau ampunilah segala dosa-dosanya,
Kau berkatilah hidupnya,
Di dunia mahupun di akhirat,
Kau jagalah dia untukku,
Kerana dia adalah ayah terbaikku,

Terima kasih ayah atas segala pengorbananmu untuk ku.